반복영역 건너뛰기
지역메뉴 바로가기
주메뉴 바로가기
본문 바로가기

연구정보

Potensi Sistem Tenaga Suria Dalam Penjanaan Tenaga Elektrik Dari Perspektif Islam di Malaysia

말레이시아 국외연구자료 기타 S. Siti Hafshar (Instrumentation and Control Engineering (ICE), Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Industrial Tecchnology (MITEC), Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia) Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah 발간일 : 2016-10-07 등록일 : 2016-10-07 원문링크

Permintaan tenaga di Malaysia yang semakin pesat akibat pembangunan di dalam sektor perindustrian dan perbandaran telah menyebabkan sektor tenaga tidak lagi boleh sepenuhnya bergantung kepada sumber bahan api fosil. Ini berikutan ketersediaan sumber bahan api fosil yang terhad telah mengakibatkan kadar peningkatan harga terhadap sumber ini semakin tinggi dari masa ke semasa. Hari ini, sektor tenaga sudah mula mengalih pandangan ke arah sumber tenaga yang boleh diperbaharui bagi menampung peningkatan terhadap permintaan tenaga. Sumber tenaga suria adalah di antara sumber yang menunjukkan masa depan yang cerah sebagai sumber tenaga alternatif didalam penghasilan tenaga elektrik. Malaysia adalah sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah (s.w.t) dengan jumlah cahaya matahari yang tinggi di sepanjang tahun. Ini menunjukkan potensi untuk memanfaatkan teknologi tenaga suria adalah tidak terhad. Tambahan pula, sumber ini tidak dikuasai oleh mana-mana kuasa politik atau syarikat antarabangsa. Penulisan ini adalah bertujuan untuk menilai potensi bagi memanfaatkan teknologi tenaga suria dalam penjanaan tenaga elektrik terhadap persekitaran dari perspektif Islam. Penulisan ini turut membincangkan rancangan tindakan dari kerajaan Malaysia terhadap tenaga yang boleh diperbaharui ini dalam masa 10 tahun kebelakangan ini.

본 페이지에 등재된 자료는 운영기관(KIEP)EMERiCs의 공식적인 입장을 대변하고 있지 않습니다.

목록